Jerman, 3 Disember – Sebuah zoo di Jerman telah terbakar teruk kerana dipercayai telah terkena percikan bunga api semasa sambutan tahun baru 2020.

Dalam kebakaran hutan tersebut, lebih kurang 30 haiwan telah dilaporkan mati termasuk kera, monyet, kelawar serta burung.

Menurut salah seorang pekerja zoo, seluruh habitat monyet telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Di samping itu, kumpulan forensik kebakaran masih giat menjalankan siasatan sama ada kebakaran tersebut sememangnya berpunca daripada percikan bunga api ketika sambutan tahun baru ataupun sebaliknya.

 Pihak pengurusan zoo juga belum mengesahkan punca kebakaran tersebut.

Sumber:Astro Awani,Express.co.uk