Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menyuarakan pendapat baginda melalui akaun Twitter  rasmi milik baginda.Setiap kali Permaisuri Agong memuat naik Tweet-tweet baharu, Tweet tersebut pasti akan mendapat perhatian daripada netizen.Kebanyakannya dibanjiri dengan komen-komen yang positif, walau bagaimanapun ada juga komen-komen yang sebaliknya.

Tidak terlepas juga, media-media tempatan juga mengambil kesempatan tersebut untuk berkongsikan kepada lebih ramai orang mengenai pendapat dan buah fikiran yang dikongsikan oleh Tunku Azizah. Sungguh pun begitu, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen tak sensitif terhadap perkongsian tersebut.

Menerusi satu muat naik artikel oleh sebuah media tempatan, terdapat satu komen yang tidak menyenangkan hati sehingga menimbulkan kemarahan rata-rata warganet.Muat naik tersebut adalah berkenaan dengan pihak yang lebih berkuasa sama ada pihak Kementerian Pelajaran ataupun PIBG seperti yang dikongsikan oleh Permaisuri Agong.

سياڤا لبيه برکواس؟ کمنترين ڤلاجرن اتاو pibg ؟

— تنکو عزيزة محمود إسکندر (@cheminahsayang) January 2, 2020

Apa yang lebih mengecewakan apabila individu tersebut mempersoalkan status Permaisuri Agong.

Rakyat paling berkuasa, kalau tak ada rakyat, you APA pun bukan.

Komen yang diberikan oleh individu tersebut bagaimanapun telah menimbulkan reaksi marah dalam kalangan warganet terutamanya pengguna-pengguna Facebook.

“Nenek moyang Tuanku lah yang bagi kerakyatan kepada nenek moyang kamu”


“I nak ajar u tentang kepulauan nusantara dan boleh la i tunjuk yang moyang you datang dari kepulauan mana”


“Sungguh kurang ajar”


Sikap sesetengah individu yang tidak menghormati institusi diraja pada hari ini dapat dilihat semakin parah dalam kalangan masyarakat Malaysia.Walaupunpun begitu, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan dan memerlukan tindakan pihak-pihak tertentu untuk mengatasinya.

Sumber: Facebook