Seorang individu di Wuhan telah mengibaratkan bandar berkenaan telah berubah kepada sebuah bandar ‘berhantu’.
Bandar Wuhan telah terputus hubungan dari negara luar kerana sedang dalam usaha untuk menyekat penyebaran koronavirus.

Di wilayah Hubei, kesemua 17 kematian yang dikaitkan dengan virus berkenaan telah berada di wilayah berkenaan. Virus berkenaan telahpun menjangkiti hampir 600 orang.

Datuk bandar, Zhou Xianwang telah mendesak sebanyak 11.8 juta penduduk agar tidak meninggalkan ibu kota wilayah Hubei yang berada di China Tengah. Selain itu, beliau turut menyarankan para pelawat supaya mengelakkan diri dari tempat itu. Ianya bertujuan untuk mengurangkan penyebaran virus.

“Sekiranya tiada keperluan, kami mencadangkan agar orang ramai tidak datang ke Wuhan”, kata Zhou.

Seterusnya, Naib Menteri Kesihatan Kebangsaan, Li Bin turut berkata yang adalah lebih baik kepada orang ramai tidak memasuki Wuhan kecuali bila benar-benar perlu.

Dengan jumlah kes yang semakin meningkat setiap hari, penduduk Wuhan turut diingatkan supaya mengelakkan diri dari kawasan tumpuan orang ramai dan hanya duduk di dalam rumah sahaja.

Beberapa video yang dimuat naik di Twitter turut menunjukkan yang bandar yang didakwa Wuhan benar-benar kosong bagaikan tiada penduduk yang mendiami bandar berkenaan.

Di samping itu, dengan virus berkenaan yang semakin menular, turut dilihat penduduk menyerbu pasar raya serta kedai-kedai untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi untuk mengharungi malapetaka ini.

Sumber: The Standard, CNN, Twitter