Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju pada zaman zekarang, banyak perkara yang sebelum ini agak mustahil, dapat dihasilkan oleh manusia.

Baru-baru ini, sebuah syarikat produk makanan yang terletak di Redwood City, California telah berjaya menghasilkan patty daging yang ada aroma sama dengan daging khinzir sebenar, namun patty ini halal untuk dimakan oleh umat Islam.

Sudah terang lagi bersuluh yang daging khinzir itu haram dimakan oleh umat Islam, bagaimana pula sekarang ia dikatakan halal untuk umat Islam memakannya? Hal ini kerana, syarikat yang bernama Impossible Food itu telah menghasilkan daging berperisa khinzir, tetapi bukan menggunakan daging khinzir.

Apa yang menarik mengenai patty ini adalah ia dihasilkan dengan menggunakan soya sebagai protein utama dan sumber utamanya adalah minyak bunga matahari serta minyak kelapa.

Selain itu, ia turut mengandungi asid amino, vitamin, gula serta sebatian yang boleh dijumpai dalam organsima hidup serta campuran bahan kimia supaya dapat menghasilkan rasa serta aroma seperti daging khinzir.

View this post on Instagram

A post shared by Abrar Al-Heeti (@abraralheeti) on

Seorang wartawan Muslim yang dikenali dengan nama Abrar Al-Heeti telah diberi pulang untuk mencuba patty daging berkenaan bersama roti.

Setelah dia mencubanya, dia memberitahu yang meskipun ia bukan daging khinzir yang sebenar, ianya agak sukar untuk menelannya. Ada ke umat Islam lain di luar sana mahu mencuba Daging Khinzir versi ‘Halal’ ini??

Sumber: SuaraViralMalaysia, Abrar Al-Heeti