Gambar sekadar hiasan
Ianya sudah tentu terserah kepada setiap wanita untuk memilih jenis lelaki idaman mereka. Walau bagaimanapun, menurut satu kajian, wanita lebih tertarik kepada lelaki yang berjambang. Hal ini kerana lelaki yang mempunyai jambang akan terserlah sisi kelakiannya daripada lelaki yang mukanya berkulit licin serta jambu.
Dalam satu kajian terbaru yang dikeluarkan oleh jurnal Royal Society Open Science pada hari Selasa lalu, muka mereka yang berjambang serta maskulin tampak lebih menarik daripada lelaki yang kelihatan feminin. Ini berlaku sama ada wanita berkenaan mencari hubungan bagi jangka masa pendek ataupun hubungan jangka masa panjang.
Selain itu, lelaki dengan sifat-sifat maskulin seperti rahang lebar dan alis kuat yang ada jambang adalah yang paling menarik bagi kedua-dua hubungan. Tetapi apabila rasa benci kita terhadap makhluk parasit dipertimbangkan ke satu persamaan, akan ada perkara yang berubah. Seterusnya, kajian turut mendapati wanita yang mengatakan mempunyai rasa jijik terhadap parasit ataupun patogen lain lebih cenderung untuk menilai janggut lelaki sebagai sesuatu yang tidak menarik.
Dalam teori evolusi, perkara ini boleh diterima akal. Hal ini kerana jika kita fikirkan manusia berevolusi untuk mendapatkan kurang rambut di sebahagian badan kita kerana ia mengurangkan risiko parasit yang membawa penyakit untuk berkembang.
Hari ini, kaji selidik menunjukkan dada yang berbulu lebih disukai di kalangan wanita dari Amerika Syarikat, China, New Zealand, Finland, Brazil, Slovakia, Czechoslovakia dan Turki (tetapi tidak di kalangan wanita dari UK dan Cameroon).
Sumber: CNN