Melaka :Waktu solat subuh di negeri Melaka akan dilewatkan selama lapan minit berbanding takwim solat sedia ada dan akan berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Beliau menyatakan bahawa keputusan untuk melaksanakan perkara itu telahpun mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka.

“Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 Nov (lepas) memutuskan bahawa perubahan waktu solat subuh yang perlu dilewatkan sebanyak lapan minit membabitkan seluruh negara.”

Kita telah sokong perkara itu dalam Jawatankuasa Fatwa dan pemakluman pelaksanaannya dikeluarkan hari ini” ujar beliau lagi.

 29 November lepas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dilaporkan  telah berkata walaupun penyelarasan waktu solat subuh dilewatkan selama lapan minit perlu dilakukan di seluruh negara dan bukan di Melaka sahaja, kata putus adalah terpulang kepada negeri-negeri lain .