Seperti yang kita tahu,Anakanda KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah baru sahaja  telah menamatkan latihan ketenteraan beliau di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom. Majlis itu juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang datang untuk meberi sokongan kepada beliau.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan

cari mana Hassanal pic.twitter.com/xpsUis0flj 

— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 14, 2019

my proudest moment … to see my beloved Hassanal s soveriegn parade … pic.twitter.com/pNZiTGxJ3O

— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 13, 2019

Kejayaan yang telah dicapai oleh Tengku Hassanal telah menjadi kebanggaan mereka sekeluarga terutamanya bonda beliau iaitu permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Di Twitter rasmi baginda,baginda telah berkongsi video dan foto ketika majlis sedang berlangsung.

Video yang dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong memaparkan Tengku Hassanal bersama rakan-rakannya sedang melakukan perbarisan bersempena istiadat Majlis Perbarisan Tamat Latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

Tengku Hassanal

Sweet je!


Namun, apa yang lagi menarik perhatian adalah video yang telah  dikongsikan di Facebook Berita RTM dimana Raja Permaisuri Agong dengan selamba sahaja  mencium pipi anakandanya itu di khalayak ramai.Pada ketika ituwajah Tengku Hassanal pula  kelihatan seperti segan silu dan malu-malu dengan tindakan bondanya itu.

Dalam rakaman video itu juga dapat dilihat Tengku Hassanal sempat menyembah hormat kepada bondanya.

Super cute!


Dengan perkongsian video tersebut,ia telah menarik perhatian netizen yang kebanyakannya sangat berbangga apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh putera sulung KDYMM Agong dan Permaisuri dan ada juga yang terhibur dengan gelagat ‘sweet’ kedua-dua anak beranak ini.