Kerajaan Jamaica serta pemerintah Pulau Cayman tidak memberi kebenaran kepada sebuah lagi kapal persiaran, Meraviglia untuk berlabuh di kedua-dua negara itu.

Ia disebabkan ada laporan yang menyatakan yang di atas kapal berkenaan, terdapat beberapa kes dengan simptom-simptom influenza.

Menurut sumber, The New York Times, kapal Meraviglia itu membawa 4,500 orang penumpang serta 1,600 orang anak kapal. Selain itu, kapal itu juga dilaporkan berlepas dari Miami, Amerika Syarikat, lalu menuju ke Ocho Rio di Jamaica.

Kerajaan Jamaica serta Meraviglia yang bimbang akan kesahihan laporan berkenaan telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan kapal persiaran berkenaan berlabuh di negara mereka.

Sumber: New York Times