Rasanya, kita semua sudah sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020, saman terhadap kesalahan merokok di kedai-kedai yang menjual makanan akan mula berkuat kuasa.

Dengan saman ini berkuat kuasa, mana-mana individu yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut boleh disaman serta dikenakan denda.

Sekarang ini di media sosial, telah tular beberapa keping gambar yang didakwa beberapa orang awam yang dipercayai telah melanggar peraturan baharu tersebut sedang diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa.

Namun, gambar itu tidak dapat dipastikan sama ada operasi berkenaan mensasarkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok ataupun mungkin operasi lain.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah menjadi viral disebabkan hari ini merupakan hari pertama bermulanya penguatkuasaan saman bagi mereka yang melanggar peraturan baru tersebut.