Tweet yang telah dimuat naik oleh pemain bintang Arsenal iaitu Mesut Ozil mengenai penindasan yang dilakukan oleh kerajaan China ke atas etnik Uighur di China dapat dilihat telah berjaya membuka mata dunia.Banyak negara-negara telah dilaporkan sedang mengadakan protes mengenai isu kemanusiaan itu.

Hal itu sedikit sebanyak telah memberikan tamparan yang hebat kepada kerajaan China.Baru-baru ini,dalam satu video temu bual yang disiarkan di Al Jazeera,Victor Gao, yang juga merupakan Naib Presiden Center for China and Globalization,satu badan bukan kerajaan,telah memberitahu sokongannya ke atas langkah kerajaan China dalam memerangi keganasan.

Seperti yang kita sedia maklum,cara yang digunakan oleh kerajaan China yang dikatakan untuk memerangi keganasan seperti yang dilakukan kepada etnik Uighur di wilayah Xinjiang dikatakan agak kejam. Pelbagai penindasan serta pencabulan hak asasi manusia didakwa sedang berlaku dan tersebar di media sosial.

Walau bagaimanapun,kerajaan China tetap menafikan semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Video temu ramah yang berdurasi selama 2 minit 36 itu dikatakan pada asalnya untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan-dakwaan tersebut.

Antara soalan yang diberikan oleh pengacara,Mehdi Hasan dalam temu ramah tersebut adalah “Berapa lamakah kerajaan China mahu berpura-pura bahawa tidak ada penindasan yang berlaku ke atas etnik Uighur di negara itu?”.

Sumber:Talk To East Turkestan