Tahun 2020 sememangnya tahun yang dinanti-nantikan oleh semua orang khususnya bagi generasi yang sebelum ini kerana ianya sangat sinonim dengan teknologi-teknologi yang boleh merentas sempadan contohnya, kereta terbang.

Walaupun kita belum melihatnya di langit, impian untuk melihat kereta terbang di udara mula menjadi kenyataan selepas sebuah syarikat di Belanda telah mengeluarkan kereta Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V).

Seterusnya, kereta tersebut mempunyai kuasa 230hp yang juga disertai dengan dua tempat duduk.Kereta itu juga mampu terbang dengan kelajuan 322km/j.

Diatas jalan raya pula kereta itu dapat memecut sehingga 160km/j.

Sehingga hari ini, kereta itu telah mendapat tempahan lebih daripada 70 unit dari serata dunia.

Namuun, kereta yang dijual pada harga RM 2.5 juta seunit ini memerlukan pemandu yang mempunyai lesen memandu kereta dan juga juruterbang sebagai syarat untuk mengendalikan kereta terbang ini.

Sumber : Dailymail