Berikutan pembunuhan yang Amerika Syarikat telah lakukan ke atas komander tertinggi Iran, Mejar Jeneral Qassim Suleimani baru-baru ini, hubungan kedua-dua negara itu dapat dilihat semakin tegang.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui akaun Twitter rasminya telah memuat naik satu kenyataan yang mengancam Iran supaya tidak mengambil apa-apa tindakan jika tidak mahu negara mereka diserang.

Walau bagaimanapun, dalam satu video yang sedang tular di media sosial baru-baru ini, video tersebut menunjukkan satu bendera merah yang telah dinaikkan di sebuah masjid yang didakwa terletak di Iran.

Bendera merah tersebut dipercayai dinaikkan dengan membawa maksud bahawa pertempuran akan berlaku.

Ia juga dikatakan dinaikkan buat pertama kalinya dalam sejarah Iran.

First Time In The History, Red Flag Unfurled Over The Holy Dome Of Jamkarān Mosque, Qom Iran.

Red Flag: A Symbol Of Severe Battle To Come.#Qaseemsulaimani#قاسم_سليماني pic.twitter.com/B1mcePk4Ri

— SIFFAT ZAHRA (@SiffatZahra) January 4, 2020