Pelbagai cara akan digunakan oleh penjenayah untuk melakukan jenayah mereka. Sehinggakan,ada yang sanggup berpura-pura bersolat untuk mencuri barangan jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat.

Menurut My Crime Watch,pada 12 Disember lalu seorang lelaki didakwa telah melarikan beg seorang rider Grabfood yang sedang solat di sebuah masjid di Ampang .

Kesannya, mangsa kehilangan kunci motor, dompet dan telefon bimbit miliknya.

 Kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan telah berjaya merakam kejadian tersebut dan dalam rakaman tersebut,muka penjenayah tersebut jelas kelihatan.

Dalam video berkenaan, lelaki itu berpura-pura solat bersama jemaah yang lain sambil mengikut imam. Ketika semua orang sedang sujud, dia lantas bangun lalu mengambil beg jemaah lain sebelum segera beredar keluar dari masjid.

Lantaran itu, ramai warga maya mengecam perbuatan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai sihat dan ‘sado’ itu, namun memilih untuk melakukan kerja jenayah itu.

Badan sihat tapi mencuri


Sado kalau kena sebat dengan malaikat tak boleh buat apa jugak

Badan sihat, ada rupa tapi perangai…

Kesian rider Grabfood


Berlakon solat je tu
Aku harap kau mampus cepat


Di saat orang lain sedang bekerja keras ha;pir separuh mati untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga, ada pula insan yang mengambil jalan pintas dengan mencuri.


Dalam ramai-ramai mangsa curi,samun atau rompak,pasti ada antara mereka yang melakukan dua tiga kerja untuk menampung keluarga. Tentu ada juga yang bekerja untuk menyara kos perubatan keluarga.
Kepada pencuri berkenaan,gunalah badan yang sihat walafiat yang dikurniakan oleh Allah SWT itu dengan sebaiknya.Janganlah apabila sakit terlantar baru nak menyesal.Ajal,sakit ni berlaku tiba-tiba je dan tiada siapapun yang mengetahuinya.