Sebelum ini, Iran telah mengaku yang mereka secara tidak sengaja telah tertembak pesawat Ukraine. Ekoran daripada itu, penunjuk perasaan telah membanjiri jalan-jalan di Tehran, bagi menunjukkan yang mereka protes terhadap tindakan Iran itu.

Himpunan tunjuk perasaan itu juga diiringi dengan nyanyian lagu-lagu seperti “death to the dictator” dan “death to liars”. Lagu-lagu berkenaan ditujukan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang didesak supaya melepaskan jawatan yang dipegangnya itu.

Tindakan penunjuk perasaan itu telah meraih sokongan daripada Presiden AS, Presiden Donald Trump. Beliau dilihat memberi sokongan penuh ke atas keberanian mereka untuk bertindak demikian. Menariknya ialah beliau menulis sokongannya itu di dalam bahasa Parsi dan kemudiannya memuat naik di halaman Twitternya.


به مردم شجاع و رنج کشیده ایران: من از ابتدای دوره ریاست جمهوریم با شما ایستاده‌ام و دولت من همچنان با شما خواهد ایستاد. ما اعتراضات شما را از نزدیک دنبال می کنیم. شجاعت شما الهام بخش است.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 11, 2020

“Kepada rakyat Iran yang berani dan menderita, saya telah berdiri bersama kamu sejak permulaan kepimpinan saya dan kerajaan saya akan terus bersama kamu.” 

Selain itu, dalam kenyataan lain, Presiden Donald Trump turut mendesak Iran supaya membenarkan kumpulan hak asasi manusia untuk melakukan pemantauan serta melaporkan fakta mengenai tunjuk perasaan yang dilakukan. Beliau turut menambah yang tidak perlu apa-apa korban nyawa dan penunjuk perasaan akan berlangsung dengan aman.


دولت ایران باید به گروه‌های حقوق بشر اجازه بدهد حقیقت کنونی اعتراضات در جریان مردم ایران را نظارت کرده و گزارش بدهند. نباید شاهد کشتار دوباره ی معترضان مسالمت آمیز و یا قطع اینترنت باشیم. جهان نظاره گر این اتفاقات است.

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 11, 2020

“Kerajaan Iran mesti membenarkan kumpulan hak asasi manusia memantau dan melaporkan fakta-fakta dari alasan mengenai protes yang sedang berlangsung oleh rakyat Iran.”

“Tiada lagi pembunuhan beramai-ramai dan penunjuk perasaan yang aman, ataupun penutupan internet.Dunia sedang melihat” 

Sumber: The Hill