Sejak beberapa hari ini, Twitter telah dihiburkan dengan satu video mengenai telatah seekor kucing yang secara tiba-tiba melakukan aksi akrobatik semasa sedang berjalan mengikuti dua orang pejalan kaki.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu menunjukkan telatah seekor kucing yang didakwa terkejut dengan kereta yang berada di belakangnya. Kucing berkenaan terus melompat berikutan daripada itu.

Kucing tu kalau nak tau dia Anak buah ipman. pic.twitter.com/ZUUDCIEM9K

— Penwontbite (@xpenx187) January 14, 2020

Pelbagai reaksi daripada warganet dapat dilihat melalui ruangan komen di bawah video berkenaan.

Sumber: Penwontbite