Kebaikan dari sekecil-kecil perkara amatlah tidak susah untuk dilakukan. Kadang-kadang, perkara yang kita anggap kecil sebenarnya mampu memberi makna yang besar kepada orang lain.

Baru-baru ini telah tular di Facebook apabila terdapat seorang pengguna Facebook telah merakam tindakan seorang pakcik yang sedang menutup lubang jalan yang bertakung akibat berlubang dengan menggunakan batu bata.Tindakan pakcik tersebut telah mendapat pujian serta perhatian daripada netizen.

Dengan tindakan pakcik tersebut,ianya telah memberi kemudahan kepada semua pengguna jalan raya yang lain.Terutamanya bagi mereka yang melalui jalan tersebut yang berhadapan KFC Perling.

Perkara tersebut telah  membuatkan rata-rata netizen memberi pujian kepadanya dan mendoakan kesihatan pakcik tersebut.

Sumber: Persatuan Bangsa Johor