Negara Thailand sekarang sedang dilanda musim kemarau yang teruk sehinggakan ia telah menjejaskan tanaman-tanaman serta ekonomi berkenaan.

Kemarau yang sedang melanda negara ini merupakan kemarau yang terburuk dalam tempoh 40 tahun. Ia dikatakan yang terburuk kerana kemarau ini telah menukarkan air di Thailand kepada air masin.

Penduduk Bangkok antara tempat yang berisiko terhadap kemarau yang sedang melanda negara berkenaan.

Selain itu, menurut ketua Jabatan Meteorologi Thailand, Surapong Sarapa, beliau menyatakan yang kemarau kali ini berlaku pada awal tahun sehinggakan ia telah menjejaskan aktiviti pertanian serta bekalan air kepada para penduduk.

Air yang bertukar kepada air masin merupakan antara perkara yang berbahaya yang pernah berlaku di negara berkenaan. Hal ini demikian kerana, air masin tersebut telah menjejaskan sumber minuman penduduk, selain ianya turut memberikan impak kepada tanaman-tanaman di sana.

Disebabkan hal itu, ia telah mejejaskan pendapatan 11 juta orang petani. Selain itu, kemarau berkenaan turut memberi kesan kepada seluruh Asia Tenggara serta menjadi penyumbang kepada kebakaran hutan di Australia.

Sumber: Bloomberg, Sea Mashable