Dua orang pengunjung taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina telah mengalami detik-detik mencemaskan apabila kerusi permainan yang dinaiki oleh mereka di sebuah ‘fun fair’ berdekatan Kompleks Ynares telah mengalami masalah teknikal.

Dalam kemalangan itu, hanya dua orang mangsa sahaja yang dilaporkan mengalami kecederaan selepas kerusi permainan yang dinaiki oleh mereka berdua itu secara tiba-tiba telah tercabut.

Video yang berdurasi selama 1 minit 45 saat itu, kita dapat lihat yang salah seorang dari mangsa telah terpelanting keluar daripada kerusi permainan tersebut manakala seorang lagi masih berada di kerusi ‘fun fair’ tersebut.

Kemudiannya, salah seorang pekerja di bahagian permainan tersebut dengan penuh segeranya memberhentikan permainan tersebut dan terus bergegas ke arah mangsa dia selepas menyedari akan insiden berkenaan.

Menurut GMA News, pihak karnival tersebut telah memberitahu yang mereka sedia untuk menanggung bil perubatan hospital yang akan ditanggung oleh mangsa.