Bumi Australia yang sebelum ini dilanda kebakaran hutan yang amat dahsyat, kini sedang dilanda banjir besar pula.

Menurut sumber, bencana ini berlaku disebabkan jalan-jalan di Tasik Conjola di pantai selatan New South Wales telah berubah kepada ‘sungai’ akibat hujan lebat yang turun pada hujung minggu lepas.

Disebabkan bencana baru ini, haiwan-haiwan di kawasan berkenaan terpaksa menyelamatkan diri mereka berikutan paras air yang semakin meningkat.

Selain itu, menerusi sumber juga, seekor kanggaru dapat dilihat sedang berusaha menyelamatkan dirinya daripada lemas.

Sumber: Daily Mail