Dipercayai berlaku di bandar Wuhan, sekawan besar burung gagak telah memenuhi langit bandar berkenaan yang telah mengundang tanda tanya netizen.

Dalam rakaman yang telah tular di media sosial, burung-burung berkenaan dapat dilhat sedang terbang dengan bebasnya di jalan-jalan yang kini sunyi sepi semenjak perintah kuarantin dilaksanakan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star, ada di kalangan netizen yang mendakwa burung-burung berkenaan memakan mayat mangsa yang diserang koronavirus yang telah meninggal dunia.

Sumber: Daily Star