Sekeping foto yang ditangkap yang menunjukkan seekor koala sedang meratapi kematian sahabatnya kerana kebakaran hutan di Australia telah menyimpan seribu satu kesedihan yang tidak dapat digambarkan.

Gambar berkenaan ditangkap di Pulau Kangaru, selatan Adelaide, pada hari Rabu yang lalu, 2 minggu selepas kebakaran hutan yang berlaku.

Dalam gambar berkenaan, koala yang keseorangan itu dilihat menyelubungi kepala dengan tangannya dan duduk di sebelah bangkai seekor lagi koala seakan-akan sedang menangis meratapi pemergian kawannya itu seperti seorang manusia.

Koala berkenaan kemudiannya telah diselamatkan oleh Humane Society’s International Rescue team (HSI) yang menghantar pasukan-pasukan penyelamat dengan misi mereka untuk untuk menyelamatkan seberapa banyak mungkin haiwan liar di pulau berkenaan.

Pakar dari HSI, Kelly Donithan telah menyatakan yang kejadian yang berlaku di pulau itu sememangnya sangat menyedihkan.

“Ianya adalah suatu detik yang amat pedih untuk disaksikan bagi saya sebagai seorang penyelamat haiwan”, katanya.

Selain itu, pegawai Spesis Haiwan Terancam Australia, Sally Box turut menyatakan yang satu pertiga daripada hutan di New South Wales yang merupakan habitat koala turut musnah.

Sumber: Evening Standard