Taufan Phanfone yang baru-baru ini berlaku di Filipina telah memperlihatkan angka kematian terus meningkat iaitu seramai 28 orang dan seramai 12 orang dilaporkan hilang.

Turut dikenali sebagai Taufan Ursula, taufan ini mula ‘menyerang’ di Wilayah Timur Samar pada hari Selasa lalu sehingga menyebabkan hujan lebat dan ribut yang amat luar biasa.

Phanfone terus ‘merebak’ dan merentasi pulau-pulau di wilayah Visayas Timur, selatan Luzon dan Visayas Barat pada hari Rabu yang lau dapat dilihat telah menyebabkan tiang dan pokok elektrik terbalik, bumbung roboh, rumah mengalami kerosakan dan menyebabkan gangguan perjalanan yang amat meluas dalam tempoh perayaan Krismas yang sibuk.

Selain itu,beberapa kawasan pelancongan, termasuk pulau peranginan popular di Boracay turut mengalami kerosakan.

Bukan setakat itiu sahaja,Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo juga ditutup sementara dan penerbangan juga telah dibatalkan kerana taufan itu telah merosakkan bumbung bangunan terminal.

Menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC), lebih daripada 185,000 orang penduduk telah terjejas akibat taufan itu.Dalam pada itu,lebih 43,000 orang sedang berlindung di pusat pemindahan.

Susulan kejadian itu, media-media sosial seperti Twitter telah dipenuhi dengan video-video yang menunjukkan detik-detik semasa berlakunya taufan tersebut.

Typhoon Phanfone, known locally as Typhoon Ursula, first made landfall on Eastern Samar province, Philippines on Tuesday, bringing heavy rain and storm surges. It hit as the equivalent of a Category 1 hurricane, packing sustained wind speeds of 150 km/h, with gusts of 195 km/h. pic.twitter.com/A1toLUBdIo

— Emil Nivantha Perera (@emilnivantha) December 26, 2019

LOOK: Typhoon Ursula continues to wreak havoc in the Philippines and disrupting #Christmas travel with gusts as strong as 150 kph #UrsulaPH pic.twitter.com/n2UtN2jt0Z

— Shakthi Vadakkepat (@v_shakthi) December 27, 2019

— Bur (@Bur01210878) December 25, 2019

>Been 7 years since I visited the Philippines
>Typhoon

True combo 😂 pic.twitter.com/2Xd0n8sRFV

— Smug Arisa (@StopOniichan) December 24, 2019

— Sunil Urs (@sunilurs) December 25, 2019

Sumber: ANINews, Twitter