Hujan telah pun mula turun membasahi di bumi Australia. Hujan berkenaan semestinya telah memberikan kelegaan kepada penduduk setempat serta para petani. Mana tidaknya, cuaca yang kemarau serta kebakaran hutan yang berlaku telah mengakibatkan banyak haiwan terbunuh serta tanaman juga menjadi rosak.
Hujan lebat yang turun di New South Wales disambut baik oleh seorang petani yang gembira apabila melihat ladangnya sedang dibasahi oleh air hujan. Selain itu, rakaman yang menunjukkan petani sedang meraikan hujan yang turun itu telah menyentuh hati warganet.

Di dalam rakaman berkenaan turut menunjukkan yang petani berkenaan sedang bersorak dengan nada gembira sambil dia membiarkan air hujan yang turun membasahi dirinya. Di samping itu, dia turut menunjukkan haiwan ternakan miliknya sedang ‘menikmati’ air hujan serta lopak-lopak air di sekitar ladangnya.
Sungguhpun hujan yang turun itu telah membantu memadamkan kebakaran hutan, namun hujan berkenaan turut menjadi satu kebimbangan kerana dikhuatiri banjir kilat serta tanah runtuh ekoran struktur tanah yang tidak kukuh.
Sumber: Daily Mail