Dalam mengenali huruf-huruf dalam bahasa Arab, membaca al-Quran turut memerlukan kefahaman kepada hukum-hukum tajwid yang sememangnya agak kompleks.

Proses untuk mempelajarinya mungkin memerlukan masa yang agak lama dan perlu berterusan agar al-Quran dapat dibaca dengan baik.

Namun, seorang penyanyi dari Amerika Syarikay, Jennifer Grout telah membuatkan ramai orang terpegun mendengar alunan ayat-ayat Kursi yang sangat lancar darinya.

Bahkan, Jennifer turut membaca ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan sangat bersahaja.

 Penyanyi kelahiran Boston, Amerika ini pernah mebuat juri Arabs Got Talent terpukau apabila dia mempersembahkan lagu bahasa Arab sehingga menjadi peserta bukan Arab pertama yang dapat melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kerana dilahirkan dalam keluarga pemuzik, Jennifer mula meminati muzik Arab pada tahun 2010 ketika dia menyambung pelajarannya di Kanada.
Mendapat inspirasi daripada pemuzik Lubnan, wanita ini kemudiannya mula menunjukkan minatnya dengan muzik Arab dan telah membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas tamat belajar.
Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan telah memeluk agama Islam.
Sumber: Step Feed