Nur Farhatul Faizurah Panut, beliau pernah dinobatkan sebagai johan tilawah antrabangsa, serta Qariah Malaysia. Beliau sering mendapat perhatian kerana suaranya yang merdu.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan olehnya sering memukau orang-orang yang mendengarnya.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Farhatul Faizurah, beliau telah berkongsi satu video yang menunjukkan seorang Youtuber Korea, Daud Kim yang sedang mempelajari kemahiran taranum daripadanya.

Setelah Farhatul memperdengarkan alunan ayat al-Quran dengan sangat merdu, Daud Kim turut berusaha untuk membacakan ayat-ayat berkenaan dengan teknik tarannum. Meskipun bacaannya agak perlahan, namun, kesungguhannya telah mendapat perhatian daripada ramai orang.

Selain itu, Daud Kim turut memberikan komen berterima kasih kepada Farhatul kerana sudi mengajarnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan teknik taranum.

“Terima kasih kerana mengajar saya! Anda merupakan guru yang terbaik”

Di samping itu, Daud Kim melalui laman Instagram miliknya, dia berasa sangat bertuah kerana mempunyai pengalaman untuk belajar bertaranum daripada juara tilawah kebangsaan itu. Dia juga menambah yang dia berharap agar dia dapat membaca Al-Quran dengan baik seperti Farhatul.

“Ianya pengalaman yang sangat indah.Saya pun ingin membacanya seperti ini pada suatu hari nanti.Alhamdulillah”



Sumber: Farhatul Faizurah