Disebabkan tindakan kerajaan China yang mengkuarantin 8 buah bandar termasuk Wuhan, telah menyebabkan penduduk di lapan kawasan berkenaan menjadi risau serta panik.

Kesan daripada sekatan ke atas lapan bandar-bandar itu, telah menyebabkan harga makanan meningkat secara mendadak.

“Kobis kini berharga 35 yuan (bersamaan kira-kira RM20.5) beberapa kali ganda berbanding sebelum krisis ini.” kata salah seorang penduduk Wuhan.

“Stok di beberapa pasaraya dengan penghantaran atas talian juga telah habis. Pasaraya, jalan utama serta restoran yang biasanya sibuk, kini kosong. Jalan juga kosong walaupun pada waktu punca. Ia seperti bandar berhantu.

Selain itu, firma farmasi China juga telah meningkatkan produksi topeng muka supaya dapat menampung keperluan pakaian serta perlindungan.

Sumber: South China Morning Post, Channel News Asia