Alunan azan seta ayat-ayat suci al-Quran sudah tentu amat menenangkan bagi mereka yang mendengarnya.Sehinggakan,ada di antara mereka yang non-muslim turut terpesona apabila mendengar alunan tersebut,ia tidak terkecuali dengan pelukis tatu ini yang dikenali sebagai WinnieTheJroo ini.

Dalam satu video berdurasi 15 saat,pemuda ini kelihatan amat teruja apabila mendengar alunan azan di sebuah masjid di Abu Dhabi.

“Kalian dengar tu? Ia alunan azan di masjid di sini, Abu Dhabi. Sangat hebat,” katanya sambil tersenyum.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter,Stance Grounded telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka.

My heart ❤

“You guys hear that? It’s the prayers here at the grand mosque in Abu Dhabi. It’s so cool”

This is such a wholesome, beautiful, respect worthy reaction.

It doesn’t take much to be respectful of other people’s beliefs and cultures..

I LOVE THIS pic.twitter.com/xdoB0WDtPw

— StanceGrounded (@_SJPeace_) December 25, 2019

Netizen turut memberi respons yang positif apabila melihat reaksi pemuda tersebut.

“Bahagian kegemaran saya setiap pagi di Bandar Sheikh Zayed.”


“Kagum. Saya harap kita semua dipanggil 5 kali sehari untuk berhenti dan solat. Apapun pegangannya, saya rasa dunia akan menjadi lebih baik..”


Azan, antara alunan terindah dan mendamaikan




Rasa selesa mendengar azan, terutamanya apabila beberapa masjid mengalunkan azan pada masa yang sama



Sumber: Stance Grounded, Winnie The Jroo