Satu ribut kuat dengan suhu dibawah takat beku telah melanda bahagian gurun Arab Saudi. Ribut berkenaan telah mengubah kawasan di sekitar negara itu daripada gurun kepada taman tema musim salji.

Penduduk yang tinggal di daerah Tabuk, amat teruja melihat salji menutupi gurun yang kering itu.

Currently:
Snow in Saudi Arabia deserts (Tabuk). pic.twitter.com/tNJFU8Yia4

— د. أحمد نبيل (@Dr_Ahmad_Nabeel) January 10, 2020

Selain itu, ada juga video-video yang menunjukkan unta-unta sedang berkeliaran  di kawasan salji berkenaan. Video-video itu telah menjadi tular di media-media sosial. Selain unta, penduduk kawasan berkenaan juga dapat dilihat sedang bermain salji.




Camels traded sand for snow in Saudi Arabia, grazing on snow-covered land in Tabuk. https://t.co/9HiF2etURa pic.twitter.com/xkoSUCDsVO

— ABC News (@ABC) January 15, 2020

Disebakan fenomena itu berlaku, kawasan berkenaan telah menjadi tumpuan penduduk serta para pelancong. Meskipun penduduk setempat telah berkongsi mengenai fenomena itu, ramai warganet yang mempersoalkan tentang kesahihan perkongsian berkenaan.

Walau bagaimanapun, fenomena salji turun di Arab Saudi ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana negara berkenaan pernah mengalami fenomena yang sama pada bulan April tahun lalu.

مسَاكم الله بالخَيـر 😎…
نضبط لنا فنجَال مهيـلَة من داخل الاراضي الاردنية 🇯🇴…
عاصفة ثلجية كثيفة ⛄️..#السبت ١٤٤١/٥/١٦ هـ pic.twitter.com/wXqku1St95

— بندر الحواس (@B_KH_H) January 11, 2020

Sumber: ABC News