Mempunyai rumah atau menetap di sebuah bangunan yang tinggi kadang-kadang boleh mendatangkan bahaya buat ahli keluarga terutama sekali kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, lain pula peristiwa yang terjadi di bandar Nanchong, Sichuan China. Seorang nenek telah bertindak mengikat seorang kanak-kanak dengan tali pada badan cucunya supaya dapat turun ke balkoni di bahagian bawah untuk mendapatkan semula kucing belaan mereka. Tindakan nenek ini sekaligus mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak berkenaan.

Tindakan nenek itu juga telah mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai kerana khuatir yang tali tersebut mungkin akan terputus.

Berikutan daripada video berkenaan yang telah tular, nenek berkenaan telah dikritik di media sosial kerana mendatangkan bahaya kepada cucunya. Selain itu, dia juga telah diberikan amaran serta nasihat daripada pihak polis selepas kejadian itu.

Nenek itu kemudiannya mengakui kesalahannya itu dan tidak akan mengulanginya lagi.

Sumber: Newsbook