Sedih dan sangat menyentuh hati. Itulah yang dapat digambarkan tentang kisah seorang gadis yang terpaksa berhadapan dengan berita mengenai ibunya yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang tidak dijangkakan.

Siti Nur Jannah, 14 tahun, dia telah mengambil bahagian dalam satu ujibakat sebuah program nyanyian di Indonesia baru-baru ini.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan, Siti Nur Jannah dapat dilihat mempunyai suara yang merdu, dan kelihatan sangat bersemangat semasa mempersembahkan nyanyiannya kepada para juri.

Apabila Jannah ditanya kenapa dia ingin menyertai pertandingan itu, dia berkata yang sekiranya dia menang dalam pertandingan itu, dia ingin mengubati mamanya yang sedang sakit.

Jannah yang telah kehilangan ayahnya sejak tiga tahun lalu itu, hanya bergantung kepada saudara-mara mereka untuk menampung biaya kewangan keluarga.

Kerana bakat yang ditunjukkan oleh Jannah itu amat memberasangkan, para juri telah memberitahunya yang dia dapat mara ke peringkat seterusnya.

Selepas itu, Jannah sempat memberi ucapan yang dia sangat menyayangi ibunya dan berdoa supaya ibunya terus kekal sihat.

“Mama.. mama jangan pergi dulu.. semoga mama sihat-sihat, biar Jannah boleh bersama mama selamanya..” kata Jannah

Selepas mendengar ucapannya itu, pihak produksi terus membuat panggilan kepada keluarganya untuk memberitahu mengenai kejayaan Jannah.

Walau bagaimanapun, perkara yang tidak dijangka telah berlaku. Panggilan yang disertakan dengan hasrat untuk menyampaikan khabar gembira telah berubah kepada ‘mimpi ngeri’.

Khabar duka itu telah disambut dengan tangisan yang sangat sedih serta amat memilukan hati orang ramai. Ikuti video di bawah:

Luluh hati ini…

Allah lebih sayangkan mama…

Moga-moga Allah SWT menempatkan ibu Jannah dalam kalangan orang-orang yangg beriman serta beramal soleh…Amin…

Sumber: Youtube Indonesia