Terkini, terdapat satu video yang menunjukkan sepasang suami isteri warga emas yang didakwa pesakit positif koronavirus sedang berpegangan tangan ketika sama-sama terlantar di katil hospital telah menyentuh hati netizen.

Pasangan warga emas berkenaan dipercayai berusia 80-an. Mereka juga memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang sungguh menyedihkan.

“Apa maksud (hidup) berpasangan? Dua pesakit yang berusia lingkungan 80-an ini telah mengucapkan selamat tinggal di dalam ICU , ini mungkin pertemuan serta sapaan mereka yang terakhir” tulis Julio Jiang Wei di laman Twitter miliknya.

Selain itu, dengan perkongsian video itu, ia telah membuatkan ramai orang bersedih.

Tidak kira bahasa apa yang digunakan, nada serta ekspresi tetap sama apabila seseorang mempersoal dan mungkin mula menerima hakikat orang yang mereka cintai mungkin tidak dapat meneruskan kehidupan lagi.

Semoga staf yang memberikan kebenaran untuk mereka duduk bersebelahan itu diberkati

Ini adalah kesedihan, cinta serta kemanusiaan

Sumber: Julio Jiang Wei