Pada zaman sekarang tiada lagi yang mustahil.Jika zaman dahulu kenderaan terbang hanyalah satu cakap kosong dan hanyalah boleh didapati di dalam filem-filem aksi, kini tidak lagi.

LMV496 dari Lazareth telah membuktikan yang anda boleh menjadi pelumba di litar sekaligus menjadi ‘juruterbang’ dengan sebuh jentera dua roda ini.

Syarikat automotif Perancis ini telah mengeluarkan sebuah motorsikal elektrik yang dapat mencapai jarak perjalanan sehingga 60 batu.

Menurut pengilang, fungsi LMV496 ini boleh ditukar daripada mod jalanan kepada mod terbang hanya dengan menggunakan suis.

Walau bagaimanapun, motosikal ini hanya membolehkan penunggangnya terbang selama 10 minit sahaja dengan menggunakan bekalan kerosin berdasarkan kapasiti tangki bahan bakar yang dimiliki olehnya.

Setakat ini, 5 prototaip LMV496 telah pun dihasilkan di mana 4 daripadanya boleh dibeli dengan harga £380,000 iaitu kira-kira RM2.05 juta.

Turbin jet jentera ini boleh menghasilkan 1300 kuasa kuda dengan maklumat penerbangan seperti kelajuan, altitud, posisi dan tahap bahan bakar dapat dihantar secara terus kepada papan pemuka.

Selain itu, LMV496 ini dihasilkan dengan  menggunakan komposit karbon Kevlar yang ringan serta kukuh manakala suspension motosikal terbang itu dibangunkan oleh rakan niaga Lazareth, TFX Suspension Technology.

Sumber:Daily Mail