Bermacam kerenah serta telatah anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan mereka. Ada anak-anak yang teruja bertemu rakan-rakan, ada juga yang menangis tdiak mahu ke kelas sehinggakan ibu bapa perlu ‘menunggu’ mereka buat sementara waktu.

Biarpun adakalanya gelagat mereka memeningkan kepala guru-guru dan ibu bapa, kita tak dapat nafikan bahawa ada juga lucunya.

Seorang penceramah bebas, Tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi baru-baru ini telah memuat naik satu video mengenai anaknya, Al-Fatih yang sangat bersemangat untuk pergi ke sekolah.Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tetapi dia telah mengajak ayahnya untuk pergi ke sekolah.Maka,dengan itu mereka pun berjalan dalam gelap.Al-Fath turut memberitahu yang dia takut akan lewat ke sekolah.

Ada yang geli hati melihat telatah Al-Fatih.Selain itu, ada juga ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman lucu mereka dengan anak mereka di hari kedua persekolahan.

Nak sampai lebih awal, menangis ayah hantar on time


Pukul 5.30 pagi dah kejutkan mak


Moga cemerlang dunia akhirat