Pergi menunaikan haji atau umrah sudah pasti impian setiap umat Islam di seluruh dunia. Hanya insan-insan yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang dapat pergi ke sana. SubhanaAllah!

Satu muat naik di laman Twitter, Masood Asghar ini telah memperlihatkan kepada kita sekumpulan ‘saudara baru’ yang baru pertama kali menunaikan umrah di Tanah Suci. Sudah tentu, mereka sangat bertuah kerana telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu di sana.

Ramai yang sedih dan sebak apabila mlihat gmabar mereka yang sedang mengalirkan air mata di hadapan Kaabah kerana ini merupakan kali pertama mereka melihatnya.

Dalam satu Tweet, ada salah seorang jemaah yang bersama-sama pergi dengan insan ini.

Saya rasa sangat diberkati berada dalam kumpulan yang sama.Semoga Allah SWT memberkati kita semua


Wanita ini telah menceritakan yang mereka terpilih daripada sebuah program yang bernama ‘World Umrah”. Mereka semua itu datang daripada pelbagai buah negara.Antaranya ialah, United Kingdom, Jerman, Perancis, Finland, Rusia dan beberapa buah lagi negara.


Program itu hanyalah untuk saudara-saudara baharu yang baru memeluk Islam. Selepas dua tahun, nama mereka akan tersenarai dalam program ini. Seperti muat naik daripada wanita ini, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Mekah. Dia telah memeluk agama Islam sejak tahun 1998 lagi. Dan ini merupakan pengalaman pertamanya.

Semoga Allah menerima amalan kita semua 


Sumber: Masood Asghar