Kemalangan merupakan suatu perkara yang payah untuk dielak walaupun semua langkah-langkah keselamatan telahpun diambil kira serta dipraktikkan.

Satu video telah tersebar di laman sosial.Video tersebut menunjukkkan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang didakwa terbabas selepas memandu dengan laju di atas garisan kuning.

Video yang dirakam menerusi dashcam yang berdurasi selama 47 saat itu sudah cukup untuk kita sedar tentang risiko yang bakal terjadi kepada kita sekiranya kita memandu dengan laju ketika hari hujan.

Seperti yang kita semua tahu, hari hujan akan menyebabkan permukaan jalan menjadi sangat licin dan melambatkan tayar untuk memberhentikan kereta ketika kita cuba untuk membrek.

Walaupun kereta anda mempunyai sistem brake yang terbaru serta canggih sekali pun,semua itu tidak mampu untuk menjamin keselamatan anda.

Justeru itu,anda dinasihatkan untuk memandu secara berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya supaya kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Sumber: ARJ STUDIO