Sebelum ini, Iran telah menembak peluru berpandu ke atas Iraq yang dikatakan bertujuan untuk membalas dendam atas komander tertinggi mereka, Qassim Soleimani.

Beikutan daripada itu, Presiden Donald Trump telah mengesahkan yang tiada tentera Amerika yang terkorban dan kadar kerosakan hanyalah pada kadar minimum.

Melalui satu ucapan oleh Presiden Donald Trump, AS tidak mempunyai hasrat untuk menggunakan kuasa ketenteraan untuk membalas serangan peluru berpandu di Tehran.

Selain itu, dalam ucapan itu juga, Presiden Donald Trump telah menyatakan yang AS sedia untuk berbaik semula dengan semua pihak yang terlibat. Itu juga bermaksud yang AS sedia untuk berunding bersama Iran seperti yang pernah dijalankan pada tahun 2018 lalu.

“Kita semua harus bekerjasama untuk membuat perjanjian dnegan Iran agar dunia menjadi tempat yang lebih aman”

“Kita juga harus membuat perjanjian yang membolehkan Iran berkembang maju dan berjaya memanfaatkan potensi yang belum diterokainya.” 

Seterusnya, dalam ucapan itu juga, Presiden Donald Trump turut mengesahkan yang akan ada sekatan baru akan dikenakan ke atas Iran sebagai tindak  balas terhadap serangan sebelum ini. Beliau turut menyatakan yang Iran tidak akan mendapat senjata nuklear pada masa akan datang.


LIVE: President @realDonaldTrump Addresses the Nation https://t.co/vRH9gVAD0N

— The White House (@WhiteHouse) January 8, 2020

Sumber: HindustanTimes/ USA Today