Bagi umat Islam, tempat solat serta makanan yang halal akan dijadikan keutamaan terlebih dahulu sekiranya hendak pergi ke luar negara.Negara yang majoritnya Muslim sudah pasti akan memudahkan perjalanan kita.

Walau bagaimanapun, kini, kerajaan Jepun dilaporkan akan mula menyediakan tempat solat di setiap lebuhraya di Jepun.Negara ini sudah pasti antara pilihan popular sekiranya rakyat Malaysia ingin melancong.Ianya merupakan pilihan popular dek kerana makanan halal senang untuk didapati serta ruang solat turut disediakan di pusat beli-belah ataupun tempat yang menjadi tumpuan pelancong.Jika dilihat, negara ini sangat senang sekiranya dilawati oleh pelancong yang beragama Islam.

Sumber: Mohd Asfaiz