Tentu ramai diantara kita yang pastinya meminati sukan bola sepak semasa zaman kanak-kanak dulu sehingga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

Setiap peminat  sukan bola sepak sudah pasti mempunyai kelab yang diminati dan disokong.Ada juga diantara kita yang terlalu taksub dengan kelab yang diminati itu sehinggakan sanggup berbelanja banyak duit untuk ‘travel’ ke stadium pasukan yang kita minati itu.Semuanya untuk merasai sendiri bagaimana perasaan menonton pasukan yang kita minati itu bermain secara ‘live’.

Ianya akan menjadi satu kenangan yang manis sekiranya kita dapat bergambar dengan para pemain kegemaran kita yang kita minati dalam pasukan tersebut.

Namun begitu,lain pula ceritanya untuk gadis ini.Pasukan bola sepak kegemarannya itu sendiri yang mengambil gambarnya ketika dia berkunjung ke satu perlawanan bola sepak di Jerman.

Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik sendiri oleh akaun Twitter rasmi salah satu kelab gergasi bola sepak Jerman iaitu FC Shalke 04 dan telah menjadi tular di media sosial.

Watching Schalke this season be like 😍

(📸 ig: @Qhouirunnisaa) pic.twitter.com/V9xJujO7rX

— FC Schalke 04 (@s04_en) December 16, 2019

Tweet pasukan bola sepak tersebut juga telah menarik perhatian warga net Malaysia.Berikut merupakan antara Tweet yang dapat dilihat:

Sekiranya ada yang tidak tahu,gadis ini sebenarnya seorang ‘freestyler’ dan juga seorang Youtuber. Walaupun sukan bola sepak ini kebiasaannya dimainkan oleh kaum lelaki, namun ianya tidak menghalang minat gadis ini untuk mengasah bakatnya sukan bola sepak serta dalam arena ‘freestyler’.

Minat gadis ini yang amat mendalam terhadap sukan bola sepak tidak perlu dipersoalkan lagi.Hal ini dapat diperlihatkan melalui perkongsian yang dimuat naik seperti yang terdapat pada akaun media sosial beliau yang secara keseluruhannya melibatkan video-video aksi freestyle yang dilakukan oleh beliau.

Beliau juga pernah diberi peluang untuk mencabar bekas pemain lagenda Bundesliga iaitu Kalle Riedle serta pemain pasukan Schalke 04 iaitu Weston McKennie untuk melakukan aksi ‘freestyle’.Beliau turut mengajarnya di Channel Youtube dan Instagram beliau.

Sumber: FC Schalke 04, Qhouirunnisa Syasya