Sedang menjadi satu isu hangat dimana seorang pengembara bersama anak lelakinya telah berhasil membuktikan bahawa kereta keluaran jenama tempatan juga mempunyai potensi untuk merentasi benua dan sempadan negara-negara lain.

Pengembara tersebut membuktikannya dengan menaiki Perodua Kelisa yang berusia lebih kurang 15 tahun.Nursulhi Rahim atau lebih dikenali sebagai Along telah memulakan pengembaraan tersebut bersama-sama anak lelakinya merentasi benua dalam masa lebih kurang sebulan sehingga hari ini.

Mereka telah bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam satu misi iaitu Road For Ummah 2019 untuk menyampaikan bantuan untuk musim sejuk ke Syria.Pengembaraan mereka ini telah memulakan perjalanan sejak 3 November lalu.Mereka memulakan perjalanan dari Kampung Pulau Sebang,Melaka

Kini,mereka telahpun tiba di destinasi mereka iaitu Turki setelah menempuh pelbagai cabaran di sepanjang perjalanan mereka ketika merentasi Thailand, Myanmar, India dan Iran.

Penjagaan kereta

Ketika ditanya mengenai cara penjagaan kereta,kata mereka,mereka hanya menjaga kereta sebagaimana di Malaysia.Perkara-perkara asas seperti menukar minyak enjin, menukar pad brek dan sebagainya dilakukan apabila perlu sehaja.

Selain itu,beliau juga berkata,pemanduan dilakukan pada kelajuan 80 hingga 100 kilometer sejam sahaja supaya tidak membebankan kereta tersebut.

“Bila di kawasan di Myanmar, India di mana jalannya teruk dengan lubang-lubang sana sini, di situ dengan bebanan kereta, saya pandu 30 hingga 40 km/j,” katanya.

Tambah Along lagi,antara halangan terbesar mereka semasa dalam perjalanan adalah masalah untuk berkomunikasi kerana kebanyakan rakyat negara-negara seperti Myanmar, Pakistan dan Iran kurang fasih dalam bahasa Inggeris.

Disebabkan itu,mereka terpaksa menggunakan aplikasi Google Translate untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

Selain itu,mereka juga hampir diperas oleh pihak tertentu ketika tiba di sempadan di antara dua buah negara namun mereka berjaya mengelak walaupun terpaksa menerima cacian.

Nursulhi juga berharap yang pengembaraan mereka dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai di luar sana,selain membuka mata masyarakat agar terus membantu misi-misi kemanusiaan kepada negara-negara yang memerlukan.

“Supaya menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada generasi akan datang upaya keluar mengembara melihat dunia dan mengenal diri,” kata beliau.

Selain mereka,kembara itu turut disertai kira-kira 5  lagi kumpulan rakan-rakan lain dalam kumpulan “We Are Malaysian” di mana setiap daripada mereka mempunyai destinasi yang berlainan.

“”We Are Malaysian” sebenarnya ada perjalanan penceritaan kasih sayang antara sahabat, anak, masyarakat dan jati diri negara Malaysia tercinta,” kata beliau lagi.

Sumber: Aimpro Samudra