Sedang tular di media-media sosial mengenai Dr Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia akan mengumumkan perletakan jawatannya hari ini.

Terkini, siaran langsung bersama Dr Maszlee Malik mengenai perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Kata beliau lagi, diwajibkan untuk anak-anak supaya menghabiskan sekolah pada peringkat sekolah menengah. Kita sebagai masyarakat di Malaysia, haruslah beringat yang sekolah ini milik komuniti dan universiti ini milik masyarakat.

“Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Walaubagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam 3 kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’.”

Keputusan yang dibuat oleh beliau bukannya bermakna pengakhiran tapi merupakan satu permulaan. Haruslah kita percaya yang, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan yang paling utama.


“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020.”


Sumber:Bernama TV