JAKARTA,Indonesia, 2 Januari – Sebanyak 16 orang dilaporkan menjadi korban banjir di Jakarta dan bandar berhampirannya sejak semalam.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), sehingga pukul 8.00 pagi ini, lebih kurang 30,000 mangsa banjir di Jakarta dilaporkan masih lagi ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sementara mangsa bajir kerana kawasan mereka yang mereka didiami telah dinaiki air sehingga dua meter.

Selain itu, di beberapa kawasan di Jakarta, kawasan-kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut dilaporkan dilanda banjir semalam kerana hujan lebat pada awal pagi tahun baru 2020.

“Terdapat 16 orang meninggal akibat banjir dengan perinciannya di Jakarta seramai lapan orang, Kota Bekasi (seorang), Kota Depok (tiga) , Kota Bogor (1), Kabupaten Bogor (1), Kota Tangerang (1), dan Tangerang Selatan (1),” kata Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Agus Wibowo.

Mangsa yang telah meninggal dunia itu antaranya mengalami hipotemia, lemas kerana dihanyutkan oleh arus yang deras, tertimbus akibat tanah runtuh serta terkena renjatan elektrik.

Selain itu BNPB turut menyatakan yang beberapa kawasan yang ditenggelami air di Jakarta sedang mula beransur pulih.Walau bagaimanapun, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana hujan diramalkan akan berlaku sehingga Khamis ini.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan turut menyatakan yang antara punca banjir tersebut adalah hujan lebat yang agak ekstrem yang sehingga ia telah mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), manakala rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan pada 340 mm.

Menurut twitter rasmi Traffic Management Center (TMC) Polis Daerah Metro Jaya (Jakarta), beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto.

Selain daripada itu, Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur juga tidak dapat beroperasi pagi semalam ekoran landasan di lapangan terbang tersebut dipenuhi air.Lapangan tersebut juga dijangka akan kembali beroperasi sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta dan kawasan sekitarnya supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, bolehlah menghubungi kedutaan Malaysia di talian ‭+62 813 80813036‬.

Dear intl oneits, please pray for indonesia. Massive floods & landslides hit several cities in 3 provinces. 19,000 residents are evacuated and 15 people are reported death.

It is dubbed as the worst flood over decade 🙁#banjir #banjir2020 #BanjirJakarta pic.twitter.com/I4pfXTAlFb

— 여우즈🔕 (@seungyouncloud) January 2, 2020

Sumber:Bernama,Seungyouncloud