Di China, sekumpulan pegawai komuniti dipercayai telah memukul anjing-anjing yang berkeliaran di atas jalan sehingga mati kerana mahu mencegah koronavirus daripada terus merebak.

Menurut sumber, Daily Mail, dalam satu video, dapat dilihat seorang pekerja sedang memukul seekor anjing dengan sebatang kayu. Perbuatan kejam itu dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di bandar Nanchong yang terletak di wilayah Sichuan.

Selain itu, dua anjing jalanan turut dibunuh pada pukul kira-kira 9 pagi(waktu tempatan) berdekatan Jalan Wenfeng.

Di samping itu, dalam video itu juga menunjukkan beberapa orang pekerja sedang membungkus bangkai-bangkai anjing yang telah dibunuh.

Sumber: Daily Mail