Kejam dan sangat tidak berhati perut! Seekor kucing ditemui dalam keadaan yang menyentuh hati dalam keadaan mata tersembul di satu lokasi yang dipercayai di utara tanah air.
Menurut individu yang memuat naik video kucing tersebut, Faez Lee, kucing yang tersembul matanya itu dipercayai dianiaya oleh manusia yang kejam serta tidak berhati perut.
Dalam video berdurasi 44 saat yang dikongsi oleh beliau, kelihatan darah kucing tersebut memenuhi lantai di lokasi berkenaan manakala kucing tersebut mengiau kesakitan.
Hal ini menimbulkan kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan pelaku tersebut terlalu kejam dan menyerupai syaitan laknatuallah.

Anak syaitan mana buat ni?

Syaitan mana yang buat ni? Tak ada otak ke?                                                          

Tak ada hati perut

Terbaru, Faez memberitahu haiwan tersebut telah selamat dihantar ke sebuah pusat perlindungan haiwan di Alor Setar.
“Kucing tu dah selamat di Animal Shelter milik Mah Intan di Alor Setar.. cuma tak tau lagi keadaan dia mcm mana,” kata Faez dalam Tweetnya