Kerajaan China telah mengarahkan beberapa buah bandar di wilayah Hubei termasuk Wuhan dikuarantinkan. Perintah itu telah membuatkan penduduk tempatan terpaksa duduk di rumah mereka sahaja dan tidak boleh ke mana-mana.

Terbaru, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video yang menunjukkan penduduk di sana sedang memberikan semangat antara satu sama lain. Mereka telah membuka tingkap rumah mereka dan melaungkan kata-kata semangat supaya tidak ada yang berputus asa semasa menghadapi malapetaka ini.

“Video ini dari kawan saya di Wuhan yang sedang menerima rawatan selepas demam” tulis @Hyde_Rio_Este.

“Wuhan jia you”

Selain itu, ada juga satu video yang menunjukkan seorang wanita mengucapkan kata-kata semangat dari rumahnya sambil menangis teresak-esak.

Sumber: Twitter