Di Ganjam, India, seorang budak lelaki bernama Jagannath, berusia 10 tahun, dikatakan terpaksa mandi setiap jam dan menyapu pelembap di kulitnya setiap tiga jam kerana menghidap penyakit kulit yang menjadi bersisik seakan kulit ular.

Penyakit yang dihidapinya bernama penyakit Lamellar Ichthyosis. Dia menghidapi penyakit ini sejak dari lahir lagi. Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan tidak dapat berjalan sama macam orang lain dan hanya bergantung dengan sebatang tongkat jer untuk berjalan.

Bapa Jagannath hanya bekerja sebagai seorang buruh di sawah padi dan dia mengaku yang dia tiada duit untuk menanggung kos rawatan Jagannath ini, selain rasa putus asa sebab macam tiada ubat yang boleh merawat anaknya itu.

Sumber: DailyMail