Keadaan banjir di negeri Johor yang dilaporkan semakin bertambah buruk apabila jumlah mangsa  akibat daripada banjir tersebut dilaporkan meningkat secara berterusan kepada 3,835 orang pada
pagi ini.

Baru-baru ini, tular satu video mengenai sebuah bas dan lori yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terperangkap di sebatang jalan yang telah ditenggelami air.

Video yang berdurasi selama 13 saat itu sudah cukup jelas untuk menunjukkan bahawa banjir yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Johor bertambah buruk.

Selepas itu, beberapa buah jalan juga telah ditutup dan ada jalan yang tidak membenarkan kenderaan ringan melaluinya kerana bimbang jalan tersebut akan dinaiki air seterusnya memerangkap pengguna jalan tersebut.

Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, berikut adalah jalan-jalan yang dilaporkan masih boleh dilalui,ditutup dan tidak boleh digunakan oleh kenderaan:

JALAN PERSEKUTUAN
Jalan Kota Tinggi-Mersing
Masa: 7.50am (dikemaskini)
No. Laluan: FT003
Seksyen : 39
Lokasi/Landmark: Bypass
Kedalaman Paras Air: 0.20m
Status Laluan: Jalan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan

Lokasi/Landmark: Risda
Panjang Kaw. Terlibat: 80m
Kedalaman Paras Air: 0.75m
Status Laluan: Jalan ditutup

Jalan Kota Tinggi – Kluang
No. Laluan: FT 091
Seksyen: 7.3
Lokasi/Landmark: Kampung Jawa
Kedalaman Paras Air: 0.25m
Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada kenderaan Ringan

Jalan Lok Heng/Mawai/Sg.Mas
No. Laluan: FT 099
Landmark:Sg. Semalok
Kedalaman paras air:0.35m
Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

Jalan Mawai – Tg. Sedili
No. Laluan: FT212
Seksyen:
Lokasi/Landmark: Sg. Gembut
Kedalaman Paras Air: 0.35m
Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

JALAN NEGERI
Lukut Cina
No. Laluan: J 175
Landmark: Taman Aman
Kedalaman paras air: 0.20m
Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

Jalan Mawai Lama
No. Laluan: J 172
Landmark:
Kedalaman paras air: 0.30 – 0.60m
Status jalan: Jalan Ditutup

CERUN / CULVERT RUNTUH
Jalan Sg Mas – mawai
Masa: 3.30pagi (dikemaskini)
No. Laluan: Ft99
Seksyen: 37
Lokasi/Landmark: Selepas simpang Felda aping timur
Panjang Kaw. Terlibat: 35m x 4m x 3m
Kedalaman Paras Air: –
Status Laluan: Jalan boleh Dilalui

Sehubungan dengan itu, semua pengguna jalan raya yang sedang berada di Johor sekarang dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang telah dinaiki air kerana bimbang akan terperangkap dalam banjir tersebut yang seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas.