Bukan semua orang dapat menunjukkan perasaan gembira yang dirasai olehnya.Namun,jika dapat peluang untuk berbuat demikian,lebih baik kepada kita untuk menikmatinya dengan sepenuh jiwa.

 Seorang buruh binaan warga China telah menunjukkan perasaan gembiranya setiap kali dia pulang dari tempat kerjanya.Aksinya yang berlari-lari sambil melompat ketika pulang dari tempat kerja telah berjaya menarik perhatian warga net.

Pekerja buruh tersebut pulang dengan penuh gembira bagaikan tiada sebarang masalah langsung menimpa dirinya. Lelaki berusia 56 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya tentang hal yang membuatkan dirinya begitu gembira sekali setiap kali dia pulang dari tempat kerjanya.

Menurut video berkenaan,lelaki tersebut merupakan seorang yang ceria dan sangat gembira kerana akan menikmati makan malamnya selepas seharian penat bekerja.Bagi lelaki tersebut,menikmati makan malam merupakan salah satu kegembiraan yang harus diraikan. Oleh sebab itu,dia sering menunjukkan reaksi gembiranya setiap kali dia pulang daripada bekerja.

Video tersebut telah menarik perhatian daripada komuniti dari serata dunia yang sangat senang hati dengan sikap buruh tersebut.

“Nikmati sesuatu yang mudah dalam hidup, ianya bermula apabila menghargai apa yang anda miliki”


“Dunia ini akan menjadi lebih baik jika semua orang berkelakuan seperti itu setiap hari”


“Dia gembira kerana boleh pulang rumah dan menikmati makan malam selepas seharian berkerja. Ini adalah kehidupan”


Sumber:SCMP Video