Baru-baru ini, seluruh dunia telah dikejutkan dengan serangan koronavirus yang didakwa berasal daripada bandar Wuhan, China.

Disebabkan itu, kerajaan China telah mengambil langkah untuk mencegah virus ini dengan bertindak mengkuarantinkan seluruh bandar Wuhan.Tindakan kerajaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan penduduk Wuhan menjadi cemas, sehinggakan beribu-ribu warga Wuhan dilaporkan segera bergegas ke stesen keretapi untuk keluar daripada bandar berkenaan.

Beberapa video yang sedang tular di media sosial telah memperlihatkan betapa serius serta kelam-kabutnya keadaan yang sedang berlaku di Wuhan sekarang.

Selain itu, van polis dapat dilihat sedang menyekat jalan keluar supaya penduduk Wuhan tidak dapat keluar daripada bandar berkenaan.

Seterusnya, hospital-hospital di daerah berkenaan turut dilaporkan dipenuhi dengan penduduk-penduduk yang bimbang serta panik akan virus berkenaan.

Selain daripada itu, ada seorang warganet telah memuat naik rakaman warga China yang ibarat ‘mati bagaikan lalat’.Rakaman berkenaan boleh menaikkan rasa bimbang serta panik kepada komuniti di seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail/Twitter