Tidak ada satupun perkataan yang mampu menggambarkan perasaan gembira penduduk Australia apabila hujan akhirnya turun dan membasahi tempat yang sedang dilanda kebakaran belukar.

Bencana kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak bulan September tahun lalu itu telah menyebabkan banyak kemusnahan hutan yang seluas kira-kira 5 juta hektar serta telah mengorbankan sekitar 480 juta haiwan dari pelbagai spesies.

Selain itu, cuaca yang berangin serta suhu yang sangat tinggi telah menjadikan api semakin mudah merebak.

Menurut seorang profesor dari fakulti Sains Bumi, Atmosfera dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, dia menyatakan yang tahun 2019 lalu merupakan tahun yang paling kering bagi negara Australia.

Bukan setakat itu sahaja, gambaran bagi kebakaran yang buruk itu sehinggakan dapat dilihat di satelit.

Selain itu, bencana ini juga telah menyatukan penganut-penganut yang berlainan fahaman yang sama-sama berdoa agar hujan diturunkan.

Oleh itu, sudah pasti tidak tergambar kegembiraan mereka dengan kata-kata apabila hujan mula turun dengan harapan ia dapat membantu menghentikan kebakaran yang dahsyat itu.

— Shams (@ShamsWNour) January 4, 2020

Seterusnya, berita itu juga turut dikongsikan oleh salah satu media negara Australia

— Mita Yasella (@yasellatuan) January 5, 2020

Syukur, hujan akhirnya

Rata-rata warga maya dari seluruh dunia telah melahirkan rasa syukur dan mendoakan warga Australia yang menghadapi bencana itu.

Semoga ia tersebar di tempat yang terbakar

Sumber: The Conversation