Menyambut hari perayaan dalam suasana gembira bersama sanak saudara pastinya sesuatu yang di impikan oleh semua orang. Kepada mereka yang tidak punya keluarga atau seseorang dalam hidup mereka, sudah pasti akan bersedih sendirian di hari bahagian tersebut.

Sebuah video yang telah tular di media social, menceritakan seorang warga emas yang sudah 20 tahun tidak menyambut Hari Krismas bersama keluarga, menyentuh hati para penonton.

Usaha sekumpulan remaja Muslim yang belajar di Oldham College menerima pujian netizen di England, di mana mereka memberikan kejutan Hari Krismas kepada warga emas ini dengan membawa pokok Krismas dan carol.

Warga emas yang bernama Terrence, 78 tahun ini menghabiskan masa selama 20 tahun dalam kesedihan kesedihan bersama rakannya yang mempunyai masalah demensia.

Semasa temubual bersama Walker, Terrence meluahkan rasa sedih kerana sepanjang 20 tahun tidak ada pokok Krismas ketika menyambut perayaan ini. Terrence juga merana dan menderita keseorangan.

Selepas temubual tersebut, Walker bersama pelajar muslim di sana mengambil inisiatif untuk memberi kejutan kepada warga emas ini.

Hello Terrence, ini ada kejutan untuk kamu!

Walker dan sekumpulan pelajar Muslim tersebut telah membawa pokok Krismas dan menghiasnya untuk Terrence. Suasana gembira menjadi hiba dan orang ramai tersentuh melihat keikhlasan usaha mereka ini.


Difahamkan dari video ini, apabila Terrence terlihat sekumpulan pelajar ini membawa masuk pokok Krismas, dia sebak sehingga menitiskan air mata kegembiraan dan rasa sangat bersyukur.

Mengembirakan hati orang lain tidak salah, walaupun berlainan agama.

Sumber: Independent